Isu syiah pada hari ini semakin banyak diperkatakan di dada akhbar dan juga media elektronik. Ini mencetuskan pelbagai ajaran agama yang boleh menyebabkan umat Islam terutamanya keliru dengan adanya pelbagai ajaran yang semakin menyimpang dari agama Islam. Syiah ini ialah satu mazhab yang mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golongan Syiah telah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi SAW serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifah al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. Ajaran syiah ini sebenarnya telah lama diamalkan namun pada hari ini ajaran agama ini dilihat semakin cuba untuk dikembangan kepada dunia.
Ajaran syiah ini menyebabkan
ramai umat Islam mulai keliru khususnya kepada mereka yang kurang ilmu tentang
agama Islam. Hal ini seterusnya mampu membuatkan golongan tersebut mudah
terpengaruh dan mempercayainya secara membuta tuli. Sebagai umat Islam, kita
haruslah meneliti terlebih dahulu buruk baiknya sesuatu perkara sebelum
mengamalkannya. Kita seharusnya tidak bersifat mudah terpengaruh dengan segala
ajaran yang boleh menyebabkan akidah kita rosak dan segala amalan yang kita
lakukan tidak diterima oleh Yang Maha Esa.
Terdapat beberapa sumber yang
mengulas tentang isu ini dan mengatakan bahawa isu syiah ini berbahaya kerana
di sebalik perbalahan antara Syiah dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah terdapat satu
lagi “tangan” di belakang yang mengambil kesempatan. Perkara ini sesungguhnya
amat ditakuti kerana pihak tersebut hanya ingin menguasai pemerintahan dan
mereka lebih suka melihat umat Islam saling berpecah kerana ajaran yang
bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar iaitu daripada Al-Quran dan Sunnah.
Tanpa kita sedar, ajaran ini akan menyebabkan umat Islam di negara kita
terutamanya akan berpecah dan saling bermusuh-musuhan.
Sebagai umat Islam kita juga
harus sentiasa berhati-hati supaya agama dan ajaran yang kita pegang selama ini
tidak akan terpesong dari landasannya. Penyebaran agama syiah ini amat halus
dan tanpa kita sedari orang disekeliling kita juga turut mengamalkan ajaran
syiah ini. Kita harus peka dengan persekitaran kita pada hari ini.
Sebelum kita mengamalkan sesuatu
perkara, kita harus melihat perkara dari setiap sudut supaya apa yang kita
lakukan tidak bertentangan dengan agama. Perkara yang lebih penting adalah
menghindarkan diri dari terjebak dengan ajaran syiah yang semakin merebak
secara perlahan-lahan dalam kehidupan sekeliling kita tanpa kita sedari.

No comments:
Post a Comment